1. PROSA
Prosa baru adalah karangan prosa yang timbul setelah mendapat
pengaruh sastra atau budaya Barat. Bentuk-bentuk prosa baru adalah sebagai
berikut:
1. Roman, adalah bentuk prosa baru yang
mengisahkan kehidupan pelaku utamanya dengan segala suka dukanya. Dalam roman,
pelaku utamanya sering diceritakan mulai dari masa kanak-kanak sampai dewasa
atau bahkan sampai meninggal dunia. Roman mengungkap adat atau aspek kehidupan
suatu masyarakat secara mendetail dan menyeluruh, alur bercabang-cabang, banyak
digresi (pelanturan). Roman terbentuk dari pengembangan atas seluruh segi
kehidupan pelaku dalam cerita tersebut. Berdasarkan kandungan isinya, roman
dibedakan atas beberapa macam, antara lain sebagai berikut:
a. Roman bertendens, yang di dalamnya terselip maksud tertentu,
atau yang mengandung pandangan hidup yang dapat dipetik oleh pembaca untuk
kebaikan. Contoh: Layar Terkembang oleh Sutan Takdir Alisyahbana, Salah
Asuhan oleh Abdul Muis, Darah Muda oleh Adinegoro.
b. Roman sosial, memberikan gambaran tentang keadaan masyarakat.
Biasanya yang dilukiskan mengenai keburukan-keburukan masyarakat yang
bersangkutan. Contoh: Sengsara Membawa Nikmat oleh Tulis St. Sati, Neraka Dunia
oleh Adinegoro.
c. Roman sejarah, yaitu roman yang isinya dijalin berdasarkan
fakta historis, peristiwa-peristiwa sejarah, atau kehidupan seorang tokoh dalam
sejarah. Contoh: Hulubalang Raja oleh Nur St. Iskandar, Tambera oleh Utuy
Tatang Sontani, Surapati oleh Abdul Muis.
d. Roman psikologis, yaitu roman yang lebih menekankan gambaran
kejiwaan yang mendasari segala tindak dan perilaku tokoh utamanya. Contoh:
Atheis oleh Achdiat Kartamiharja, Katak Hendak Menjadi Lembu oleh Nur St.
Iskandar, Belenggu oleh Armijn Pane.
e. Roman detektif, yang isinya berkaitan dengan kriminalitas.
Dalam roman ini yang sering menjadi pelaku utamanya seorang agen polisi yang
tugasnya membongkar berbagai kasus kejahatan. Contoh: Mencari Pencuri Anak
Perawan oleh Suman HS, Percobaan Seria oleh Suman HS, Kasih Tak Terlerai oleh
Suman HS
Contoh Prosa :
Wanita itu sudah tua, namun semangat perjuangannya tetap menyala
seperti wanita yang masih muda. Setiap tutur kata yang dikeluarkannya selalu
menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya. Maklumlah, ia memang seorang
penyair dua zaman, maka tidak kurang pula bercakap dalam bentuk syair.
Al-Khansa bin Amru, demikianlah nama wanita itu. Dia merupakan wanita yang
terkenal cantik dan pandai di kalangan orang Arab. Dia pernah bersyair
mengenang kematian saudaranya yang bernama Sakhr :“Setiap mega terbit, dia
mengingatkan aku pada Sakhr, malang. Aku pula masih teringatkan dia setiap mega
hilang dii ufuk barat Kalaulah tidak kerana terlalu ramai orang menangis di
sampingku ke atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diriku.”
Setelah Khansa memeluk Islam, keberanian dan kepandaiannya
bersyair telah digunakan untuk menyemarakkan semangat para pejuang Islam. Ia
mempunyai empat orang putera yang kesemuanya diajar ilmu bersyair dna dididik
berjuang dengan berani. Kemudian puteranya itu telah diserahkan untuk berjuang
demi kemenangan dan kepentingan Islam. Khansa telah mengajar anaknya sejak
kecil lagi agar jangan takut menghadapi peperangan dan cabaran.Pada tahun 14
Hijrah, Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur untuk
menentang Farsi. Semua Islam dari berbagai kabilah telah dikerahkan untuk
menuju ke medan perang, maka terkumpullah seramai 41,000 orang tentera. Khansa
telah mengerahkan keempat-empat puteranya agar ikut mengangkat senjata dalam
perang suci itu. Khansa sendiri juga ikut ke medan perang dalam kumpulan
pasukan wanita yang bertugas merawat dan menaikkan semangat pejuan tentera
Islam.
Dengarlah nasihat Khansa kepada putera-puteranya yang sebentar
lagi akan ke medan perang, “Wahai anak-anakku! Kamu telah memilih Islam dengan
rela hati. Kemudian kamu berhijrah dengan sukarela pula. Demi Allah, yang tiada
tuhan selain Dia, sesungguhnya kamu sekalian adalah putera-putera dari seorang
lelaki dan seorang wanita. Aku tidak pernah mengkhianati ayahmu, aku tidak
pernah memburuk-burukkan saudara-maramu, aku tidak pernah merendahkan keturuna
kamu, dan aku tidak pernah mengubah perhubungan kamu. Kamu telah tahu pahala
yang disediakan oleh Allah kepada kaum muslimin dalam memerangi kaum kafir itu.
Ketahuilah bahwasaya kampung yang kekal itu lebih baik daripada kampung yang
binasa.”Kemudian Khansa membacakan satu ayat dari surah Ali Imran yang
bermaksud, “Wahai orang yang beriman! Sabarlah, dan sempurnakanlah kesabaran
itu, dan teguhkanlah kedudukan kamu, dan patuhlah kepada Allah, moga-moga
menjadi orang yang beruntung.” Putera-putera Khansa tertunduk khusyuk mendengar
nasihat bonda yang disayanginya.
Seterusnya Khansa berkata, “Jika kalian bangun esok pagi, insya
Allah dalam keadaan selamat, maka keluarlah untuk berperang dengan musuh kamu.
Gunakanlah semua pengalamanmu dan mohonlah pertolongan dari Allah. Jika kamu
melihat api pertempuran semakin hebat dan kamu dikelilingi oleh api peperangan
yang sedang bergejolak, masuklah akmu ke dalamnya. Dan dapatkanlah puncanya
ketika terjadi perlagaan pertempurannya, semoga kamu akan berjaya mendapat
balasan di kampung yang abadi, dan tempat tinggal yang kekal.”Subuh esoknya
semua tentera Islam sudah berada di tikar sembahyang masing-masing untuk
mengerjakan perintah Allah iaitu solat Subuh, kemudian berdoa moga-moga Allah
memberikan mereka kemenangan atau syurga. Kemudian Saad bin Abu Waqas panglima
besar Islam telah memberikan arahan agar bersiap-sedia sebaik saja semboyan
perang berbunyi. Perang satu lawan satu pun bermula dua hari. Pada hari ketiga
bermulalah pertempuran besar-besaran. 41,000 orang tentera Islam melawan
tentera Farsi yang berjumlah 200,000 orang. Pasukan Islam mendapat tentangan
hebat, namun mereka tetap yakin akan pertolongan Allah .Putera-putera Khansa
maju untuk merebut peluang memasuki syurga. Berkat dorongan dan nasihat dari
bondanya, mereka tidak sedikit pun berasa takut. Sambil mengibas-ngibaskan
pedang, salah seorang dari mereka bersyair,
“Hai saudara-saudaraku! Ibu tua kita yang banyak pengalaman itu,
telah memanggil kita semalam dan membekalkan nasihat. Semua mutiara yang keluar
dari mulutnya bernas dan berfaedah. Insya Allah akan kita buktikan sedikit masa
lagi.”
Kemudian ia maju menetak setiap musuh yang datang. Seterusnya
disusul pula oleh anak kedua maju dan menentang setiap musuh yang mencabar.
Dengan semangat yang berapi-api ia bersyair,“Demi Allah! Kami tidak akan
melanggar nasihat dari ibu tua kami Nasihatnya wajib ditaati dengan ikhlas dan
rela hati Segeralah bertempur, segeralah bertarung dan menggempur mush-musuh
bersama-sama Sehingga kau lihat keluarga Kaisar musnah.”
Anak Khansa yang ketiga pula segera melompat dengan beraninya dan
bersyair,
“Sungguh ibu tua kami kuat keazamannya, tetap tegas tidak goncang
Beliau telah menggalakkan kita agar bertindak cekap dan berakal cemerlang
Itulah nasihat seorang ibu tua yang mengambil berat terhadap anak-anaknya
sendiri Mari! Segera memasuki medan tempur dan segeralah untuk mempertahankan
diri Dapatkan kemenangan yang bakal membawakegembiraan di dalam hati Atau
tempuhlah kematian yang bakal mewarisi kehidupan yang abadi.”Akhir sekali anak
keempat menghunus pedang dan melompat menyusul abang-abangnya. Untuk menaikkan
semangatnya ia pun bersyair,
“Bukanlah aku putera Khansa’, bukanlah aku anak jantan Dan
bukanlah pula kerana ‘Amru yang pujiannya sudah lama terkenal Kalau aku tidak
membuat tentera asing yang berkelompok-kelompok itu terjunam ke jurang bahay,
dan musnah mangsa oleh senjataku.”
Bergelutlah keempat-empat putera Khansa dengan tekad bulat untuk
mendapatkan syurga diiringi oleh doa munajat bondanya yang berada di garis
belakang. Pertempuran terus hebat. Tentera Islam pada mulanya kebingungan dan
kacau kerana pada mulanya tentera Farsi menggunakan tentera bergajah di barisan
hadapan, sementara tentera berjalan kaki berlindung di belakang binatang tahan
lasak itu. Namun tentera Islam dapat mencederakan gajah-gajah itu dengan
memanah mata dan bahagian-bahagian lainnya. Gajah yang cedera itu marah dengan
menghempaskan tuan yang menungganginya, memijak-mijak tentera Farsi yang
lannya. Kesempatan ini digunakan oleh pihak Islam untuk memusnahkan mereka.
Panglima perang bermahkota Farsi dapat dipenggal kepalanya, akhirnya mereka
lari lintang-pukang menyeberangi sungai dan dipanah oleh pasukan Islam hingga
air sungai menjadi merah. Pasukan Farsi kalah teruk, dari 200,000 tenteranya
hanya sebahagian kecil saja yang dapat menyelamatkan diri.Umat Islam lega. Kini
mereka mengumpul dan mengira tentera Islam yang gugur. Ternyata yang beruntung
menemui syahid di medan Kadisia itu berjumlah lebih kurang 7,000 orang. Dan
daripada 7,000 orang syuhada itu terbujur empat orang adik-beradik Khansa.
Seketika itu juga ramailah tentera Islam yang datang menemui Khansa
memberitahukan bahwa keempat-empat anaknya telah menemui syahid. Al-Khansa
menerima berita itu dengan tenang, gembira dan hati tidak bergoncang. Al-Khansa
terus memuji Allah dengan ucapan,“Segala puji bagi Allah, yang telah
memuliakanku dengan mensyahidkan mereka, dan aku mengahrapkan darii Tuhanku,
agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal yang kekal dengan
rahmat-Nya!”
Al-Khansa kembali semula ke
Madinah bersama para perajurit yang masih hidup dengan meninggalkan mayat-mayat
puteranya di medan pertempuran Kadisia. Dari peristiwa peperanan itu pula
wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan ‘Ummu syuhada yang ertinya ibu
kepada orang-orang yang mati syahid.”